KUALA LUMPUR: Penyanyi Awie bakal meninggalkan rumahnya di Ukay Bistari, Ampang dekat
sini untuk memulakan sebuah kehidupan baharu bersama anak-anaknya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, keputusan
berpindah itu dilakukan sebagai cara terbaik untuk dia melupakan kisah
pahit kehidupan rumah tangga yang lalu.
"Saya akan pindah rumah dalam masa terdekat ini dengan anak-anak. Saya
mahu mulakan hidup baru di kediaman yang baru kerana sudah tidak sanggup
lagi berada di rumah itu.
"Sekarang pun saya kurang balik ke rumah dan tinggal di hotel sahaja
terutamanya jika saya rasa tidak selesa," ujarnya kepada mStar Online.
Awie ditemui pada sidang media teater Bikers Kental di Istana Budaya, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Awie berkata, tahun 2016 ini merupakan permulaan yang baik dan dia mempunyai pelbagai rancangan perniagaan.
Dia perlu bekerja lebih kuat bagi menampung kehidupannya sekeluarga dengan selesa.
"Saya kerja kuat untuk kehidupan anak-anak saya masa depan kami. Setakat
ini duit saya banyak habis ke perkara tidak sepatutnya iaitu kos
mahkamah.
"Kes yang berlanjutan itu memerlukan kos yang tinggi dan membazir tapi
nak buat macam mana. Hakim pun pernah nasihatkan saya agar selesaikan
sahaja di luar, tapi ada permintaan rundingan yang tidak masuk akal,"
ujarnya.
Selain itu, bercerita tentang kehidupan berumah tangga, Awie berkata,
dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula dalam tahun 2016
ini.
Bagaimanapun dia tidak menutup pintu hatinya menerima kehadiran seorang wanita.
"Saya tiada kawan perempuan yang rapat setakat ini dan belum terfikir untuk berkahwin lagi.
"Tapi, saya tidaklah tutup pintu hati saya, kalau boleh saya ingin
seorang wanita yang boleh sayang anak saya lebih daripada diri saya,"
ujarnya.
Dalam pada itu, Awie bakal muncul dalam teater Bikes Kental bawah arahan
Nazrul Asyraff pada 23 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana
Budaya.
Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Zizan Razak, Nadia Brian dan Ameerul Affendi.
Awie berkahwin dengan Rozana Misbun, 37, secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.
Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan
penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa
Antasha, 14.
Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha kini tinggal bersama Rozana manakala yang lain berada bersama Awie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Awie Bakal Pindah Rumah, Mahu Lupa Kisah Lalu"
Post a Comment