KUALA LUMPUR: Program realiti Gegar Vaganza telah mengubah kehidupannya. Jika dulu dia
dipandang sepi namun selepas meraih gelaran Juara Gegar Vangza musim
kedua, nama Siti Nordiana, 31, kembali meniti di bibir peminat muzik
tanah air.
Bersyukur dengan rezeki undangan nyanyian yang tidak putus-putus malah
kata penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana ini dia gembira dengan
sambutan peminat yang disifatkan sebagai luar biasa.
Sementelah apabila populariti kembali diraih, selain setiap gerak
gerinya diperhati, penampilannya juga mendapat teguran dan komen
peminat.
"Alhamdulillah, jadual seni saya sekarang sangat padat. Saya seronok
dengan kehidupan saya sekarang tapi kadang-kadang tu terlupa yang orang
sudah kenal saya balik.
"Saya juga terima banyak komen di laman sosial. Mereka sangat prihatin
dan macam-macam lah mereka tegur. Misalnya kalau saya muat naik gambar,
ada yang komen lipstik saya warna merah. Kalau gambar tu tak nampak
tangan saya, mereka akan tanya "mana tangan kak Nana?".
"Selain itu, kebanyakan mereka tak suka kalau berpenampilan moden sangat
contohnya mereka tak suka saya pakai jumpsut. Saya terima komen-komen
tersebut dengan positif. Lagipun saya memang seorang yang simple dan
tidak suka berlebih-lebih.
"Saya ini wanita biasa. Memang saya bertudung, tapi saya belum sempurna.
Saya masih lagi mencari arah dan cara bagaimana untuk menutup aurat
dengan sempurna. Saya harap peminat tidak telalu meletakkan harapan
terlalu tinggi, sebagai manusia kadang-kadang kita pun buat kesilapan
dan saya belajar dari kesilapan," katanya ketika ditemui pada sidang
media Konsert Mega Gegar Vaganza bertempat di Istana Budaya, baru-baru
ini.
Dalam pada itu, Nana berkata ada juga komen yang mencuit hati
termasuklah ada peminat yang cuba memikatnya dan menyatakan hasrat mahu
memperisterikannya.
"Yang cuba nak mengorat ada jugak...," tuturnya sambil tertawa
"Biasa lah tu peminat... ada juga budak umur 15 tahun komen pada gambar
yang saya muat naik, "nilah bakal isteri aku". Saya pun balas, "Iya
adik", tuturnya.
Kata Nana, kini semakin matang dan tahu bagaimana melayan kerenah
peminat berbanding sewaktu di awal pembabitannya sebagai anak seni.
"Dulu, kalau saya rasa penat dan jika ada peminat yang mahu ambil gambar
bersama, saya akan menolak. Tapi sekarang walau penat mana sekalipun,
saya cuba melayan mereka dan tak mahu mengecewakan mereka," katanya.
Perkembangan lain, Nana dalam perancangan memasarkan koleksi tudung jenamanya sendiri diberi nama NanaRayyan, tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Remaja 15 Tahun Cuba Mengorat Siti Nordiana "
Post a Comment