HOLLYWOOD: Penyanyi Janet Jackson tampil menafikan mengenai khabar angin dia sedang
menghidap kanser tekak sehingga terpaksa membatalkan konsert
jelajahnya, Unbreakable Tour pada Disember lalu.
Menurut laporan People.com, Janet menerusi akaun Twiter miliknya pada
Rabu lalu meminta peminat-peminatnya untuk tidak mudah percaya dengan
khabar angin yang bukan datang daripadanya.
"Ingatlah, percayalah perkara yang hanya datang daripada saya. Khabar angin itu tidak benar.
"Saya tidak mempunyai kanser. Tetapi saya semakin sembuh. Doktor
membenarkan saya membuat konsert di Eropah seperti yang dijanjikan,"
katanya.
Pada 25 Disember lalu, Janet membuat pengumuman terpaksa menangguh konsert jelajahnya itu bagi menjalani satu pembedahan.
Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Rhythm Nation itu tidak menjelaskan apakah sebab pembedahan berkenaan dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Janet Jackson Nafi Hidap Kanser Tekak"
Post a Comment