KUALA LUMPUR: Aktres Maria Farida menjelaskan bahawa dirinya difitnah oleh anak
tirinya yang mendakwa dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur, agar
mengabaikan kebajikan empat anak tiri yang lain.
Memetik laporan Kosmo! online, Maria berkata dia dan suaminya terkejut
dan langsung tidak tahu menahu bagaimana isu tersebut boleh timbul
sedangkan beberapa hari lalu mereka sekeluarga baru berkumpul bersama.
“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang
terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini.
Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja
berjumpa beberapa hari lepas”
“Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan
kebajikan anak-anak. Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja, yang
penting saya dan suami tahu keadaan sebenar”
“Saya harap mereka tidak menyesal kerana mengambil tindakan melulu seperti ini,” jelas Maria.
Sebelum ini, Nurshazleen mendakwa bapa tirinya itu, hanya mahu menjaga
dua zuriat kandungnya, Nur Aisyhea Rahman, 10, dan Qalif Ryan, 6, yang
merupakan anak hasil perkahwinan Rahman dan ibunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Anak tiri Maria Farida mengekutkan "
Post a Comment