KUALA LUMPUR: Tahun lalu telah menyaksikan pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak
dihambat dengan pelbagai kontroversi sekali gus menjejaskan
kredibilitinya sebagai anak seni.
Belajar dari kesilapan lalu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini yakin apa yang berlaku terselit hikmahnya.
“Segala yang berlaku adalah dengan izin ALLAH dan kita harus bersyukur
terhadap apa yang berlaku tidak kiralah ia yang baik atau sebaliknya.
“Tidak akan ada sesiapa yang menginginkan kontroversi walaupun
segelintir sahaja yang mahukannya. Tapi saya sendiri memang tidak ke
arah itu tapi ia berlaku mungkin kerana ALLAH mahu menguji untuk melihat
ketahanan dan kemampuan saya.
“Saya percaya ALLAH turunkan ujian kepada orang yang mampu dan apa yang
perlu kita buat hanya mengawalnya dengan baik,” jelasnya ketika ditemui
pada tayangan Oh My Ganu 2!, kelmarin.
Enggan lagi menoleh belakang, Zizan akui mahu memulakan tahun baharu ini dengan sesuatu yang lebih baik.
“Jadi untuk tahun ini saya banyak belajar daripada apa yang berlaku tahun lalu. Saya mahu mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Apa yang saya lakukan bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk semua yang berada di sekeliling saya,” katanya
Sempat diajukan soal cinta dan jodoh, pelakon berusia 32 tahun ini hanya berserah pada ketentuan Tuhan.
“Soal jodoh rezeki, ajal dan maut saya berserah. Memang niat sudah ada
lama cuma kita tidak tahu bila ia akan berlaku, kalau ada, adalah.
“Buat masa ini saya fokus kerjaya dahulu,” jawabnya ringkas.
Dalam perkembangan terbaharu, selain sibuk terlibat dalam penggambaran
filem Abang Long Fadil 2, Zizan bakal tampil dengan lakonan Oh My Ganu
2! yang turut dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Zain Saidin, Izara Aisyah dan
Izzue Islam.
Oh My Ganu 2! akan disiarkan pada 16 Januari, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Cinta bukan lagi keutamaan Zizan "
Post a Comment