HOLLYWOOD: Bukan sekadar mempertaruhkan wajah jeli–tanya, kemampuan pelakon Emily Blunt, 32, semakin dipercayai menggalas watak berat.
Ramai mungkin masih ingat penampilannya sebagai watak pembantu dalam The Devil Wears Prada pada 2006.
Ketika itu, wataknya tidaklah memberi impak mendalam sangat berbanding lakonan watak utamanya oleh Anne Hathaway.
Terbaru, dia menerajui filem mengenai perisikan berjudul Sicario.
Dalam filem berkenaan, Emily ternyata cemerlang melakonkan watak Kate Macer, seorang pegawai FBI.
Namun, dia mengakui lebih berdebar dan tercabar menjayakan watak sebuah filem adaptasi novel berjudul The Girl on the Train walaupun ceritanya hanya berkisar mengenai kehidupan seorang wanita yang menaiki kereta api setiap hari.
“Watak itu paling mencabar pernah saya dapat setakat ini. Saya sangat suka dengan ketagihan, kesunyian, suka menjaga tepi kain orang, apa yang kita fikir kita nampak, tapi kita tak nampak pada watak itu.
“Ia sangat realistik dan bersangkutan dengan ramai orang. Selalu terjadi apabila menaiki kereta api, kita akan tertanya-tanya mengenai kehidupan orang yang berada dalam kenderaan awam itu,” katanya.
Dalam filem yang diadaptasi daripada novel nukilan Paula Hawkins itu, Emily melakonkan watak utama sebagai Rachel Watson.
Bergelut dengan kepedihan selepas bercerai dan menjadikan alkohol sebagai penawar, dia mencipta pertalian istimewa dengan satu pasangan.
Pasangan itu dilihatnya setiap hari dari dinding kereta api sewaktu menuju ke tempat kerja.
Satu hari, sebuah insiden mengejutkan berlaku dan dia mula tenggelam dalam misteri.
“Saya suka apabila watak utama itu digambarkan sebagai saksi paling tidak berguna kerana dia sering mabuk. Dan, memang hakikatnya tiada siapa percayakan dia.
“Idea untuk bermain dengan situasi begitu apabila saya rasa tenggelam sama memang sangat seronok. Saya tidak pernah melakonkan watak pemabuk sebelum ini, jadi ia sesuatu yang sangat baru,” katanya.
Emily bakal bergandingan dengan pelakon hebat lain termasuklah Rebecca Ferguson (Mission: Impossible - Rogue Nation), Haley Bennett (The Equalizer), Justin Theroux (The Leftovers), Luke Evans (Fast & Furious 6), Allison Janney (Mom), Edgar Ramirez (Joy), Lisa Kudrow (The Comeback) dan Merritt Wever (Nurse Jackie).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Emily Blunt memegang watak berat"
Post a Comment