KUALA LUMPUR: Bermula dengan cadangan oleh pihak majikan yang mencadangkan mereka
saling berkenalan, akhirnya berputik cinta antara pelakon Nas-T dan
model Atita Haris.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Mac depan.
"Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk
Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina
badan. Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba
menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan.
“Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius”, dedah Nas-T.
Pelakon drama Blogger Boy ini juga menjelaskan status bakal isterinya
itu yang merupakan seorang ibu tunggal bukan penghalang untuk
menjalinkan hubungan cinta seterusnya membawa hubungan tersebut hingga
ke jinjang pelamin.
"Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya
status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini
berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk
menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki.
"Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua
keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat
masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi
beberapa perkara kecil untuk diselesaikan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Nas-T dengan Atita Haris berputik cinta"
Post a Comment