Katie Holmes Jawab Dakwaan Kahwin Rahsia Dengan Jamie Foxx

HOLLYWOOD: Pasangan intim Katie Holmes dan Jamie Foxx di dakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap, baru-baru ini.

Menerusi laporan media Hollywood menyebut, Katie bimbang jika 'pernikahannya' itu tersebar dan akan membuat bekas suaminya, Tom Cruise, marah dan mengambil semula hak penjagaan ke atas anak perempuan tunggalnya, Suri, 9.

Bagaimanapun Katie menyakal dakwaan tersebut.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, aktres berusia 37 tahun itu berharap media tak lagi mengganggu privasinya melalui berita-berita yang disifatkan sebagai satu pembohongan.

"Saya tidak minta banyak, hanya berharap kalian menghormati privasi anakku dan berhenti menulis pembohongan yang tidak masuk akal ," tulis Katie pada kapsyen foto mengenai pemberitaan tersebut di akaun Instagramnya.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan intim sejak 2013 selepas bertemu di sebuah parti di East Hampton, New York.

Khabar pernikahan Katie dan Jamie timbul setelah kedua selebriti tersebut dilihat keluar makan tengah hari bersama di sebuah restoran di Beverly Hills pada penghujung Disember lalu. Turut bersama pasangan itu ialah Suri dan anak perempuan Jamie, Annalise Bishop, 6.

Sementara seorang sumber mengaku mendengar percakapan kedua bintang itu melalui telefon dan terdengar perbualan mesra Katie sambil mengucapkan kata-kata cinta kepada Jamie.

"Dia (Katie) menyatakan yang dia sangat mencintainya Jamie," dedah sumber tersebut itu.

0 Response to "Katie Holmes Jawab Dakwaan Kahwin Rahsia Dengan Jamie Foxx "

Post a Comment