BOLLYWOOD: ‘Megastar’ Bollywood ini selayaknya menjadi pujaan jutaan peminatnya di seluruh dunia terutama di negaranya sendiri, India.
Baru-baru ini, kerana tidak mahu tiba lewat di majlis mempromosikan
filem terbaru lakonannya, Wazir di sebuah hotel terkemuka di Mumbai,
Amitabh, 73, sanggup berjalan ke hotel itu apabila kenderaan dinaikinya
tersekat dalam kesesakan jalan raya.
Tindakannya itu mengejutkan orang ramai yang berada di sepanjang jalan
itu dan mereka mengambil peluang itu bergambar dan bersalam dengannya.
Wazir yang turut dilakonkan Farhan Akhtar, Aditi Rao Hydari dan Neil Nitin Mukesh itu akan dilancarkan, Jumaat ini.
Selain itu, pelakon legenda yang juga bapa mentua kepada Aishwarya Rai
ini juga sanggup menaiki kereta api dan menyanyi bersama-sama peminatnya
dalam kenderaan awam itu bagi menjayakan kempen penyakit kanser.
Pada masa sama, Amitabh tidak pernah memandang rendah kepada pelakon
muda, malah dia juga tidak teragak-agak memuji lakonan mereka.
“Pelakon muda bukan musuh saya, malah saya sebagai pelakon lama pun
masih melakukan kesilapan dalam setiap lakonan. Mereka sangat bagus dan
sentiasa bekerja keras untuk berjaya,” katanya.
Dia juga kagum dengan lakonan Deepika Padukone dan Ranveer Singh dalam filem Bajirao Mastani.
“Mereka berdua sangat berbakat dan ramai lagi seperti mereka yang saya
tidak dapat menyebut namanya satu persatu. Saya tidak dapat mencari satu
pun kesilapan lakonan Deepika dan Ranveer dalam filem itu,” katanya
yang turut mengagumi bakat Priyanka Chopra, Alia Bhatt dan Kangana
Ranaut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Amitabh Bachchan berjalan kaki"
Post a Comment