KUALA LUMPUR: Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa
Awie tidak pernah mempertikaikan cara dia menjaga tiga orang anak
mereka sepanjang perkahwinan mereka.
Kata bekas model itu, ini kerana dia senantiasa menjaga anak-anak mereka
dengan baik. “Awie tak pernah pertikai saya jaga anak,” kata Rozana di
hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.
Rozana juga menekankan, sebagai suri rumah sepenuh masa hubungannya dengan anak-anak sangat rapat.
Wanita itu berkata demikian pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan
hak penjagaan kekal ke atas ketiga-tiga orang anaknya Putra Ahmad
Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Rozana memfailkan tuntutan hak penjagaan kekal itu pada 4 Februari 2015
selepas mahkamah memberi hak penjagaan sementara yang diperoleh pada 27
Januari 2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Awie tak larang saya menjaga anak - Rozan Misbun"
Post a Comment