KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim memberitahu nama kedua-dua anaknya iaitu Jelita
Clarissa, 2, dan Anggun Cassandra yang baharu dilahirkan 29 Disember
lalu mempunyai makna tertentu dengan membawa maksud yang baik.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 32, berkata, nama
tersebut dipilih berikutan ia dianggap unik selain sedap untuk didengar.
"Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang
baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama
lain.
"Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa
membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa
maksud anggun yang prihatin," ujarnya kepada mStar Online.
Linda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama-nama anaknya yang dipersoalkan maknanya oleh pengikut laman sosial.
Tambah Linda, dia memilih nama tersebut daripada lebih 10 senarai nama ketika mengandung.
Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013.
"Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.
"Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih," ujarnya.
Dalam pada itu, Linda berkata rezekinya lebih murah sejak dikurniakan
cahaya mata kedua apabila menerima pelbagai hadiah barangan bayi
daripada peminat.
Linda turut bertuah menerima tajaan perkhidmatan rawatan ibu bersalin Sri Wajah Ibu sepanjang tempoh berpantang.
"Alhamdulillah rezeki anak, saya dapat tajaan penjagaan rawatan sepanjang 33 hari tempoh berpantang daripada Sri Wajah Ibu.
"Saya tidak bimbang tentang pemakanan, jamu dan urutan bersalin kerana
datang kerumah setiap hari untuk menjaga saya. Mereka juga profesional
dan tahu cara terbaik untuk jaga bayi daripada penyakit kuning,"
ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, Linda mendapat
tawaran untuk berlakon drama bersama suamiya Beego pada Mac depan di
Terengganu.
Bagaimanapun, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
"Saya perlu ambil pembantu terlebih dahulu untuk jaga anak-anak saya
jika ingin kembali aktif berlakon, tengoklah macam mana nanti," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Saya suka nama anak dengan maksud yang baik - Linda Hashim "
Post a Comment