Isu Cetak Rompak Tak Gugat Dilwale Pecah Panggung

BOLLYWOOD: Sekitar penghujung 2015 merupakan tahun dimana peminat-peminat Hindustan di Malaysia akhirnya dapat mengubat kerinduan mereka dengan kembalinya gandingan raja dan ratu Bollywood,  Datuk Shah Rukh Khan  dan Kajol di layar perak menerusi filem romantik, Dilwale.

Meskipun filem ini terpalit dengan beberapa kontroversi dan sekatan tayangan di beberapa daerah di India, ternyata itu tidak menjejaskan filem Hindi paling dinanti-nanti tahun lalu. Paling dahsyat setakat 25 Disember, Dilwale dilaporkan telah berjaya mencatatkan kutipan kira-kira AS$15 juta (RM64 juta) di India sahaja.

Akhbar The Times of India turut melaporkan kutipan Dilwale naik mendadak sehari sebelum Krismas, di beberapa negara antaranya United Kingdom, Australia dan Malaysia, mencatat kenaikan paling tinggi. Secara keseluruhannya, filem arahan Rohit Shetty ini telah mencatat kutipan kira-kira AS$30 juta.

Karya arahan Rohit Shetty ini mula mengeledak di seluruh pawagam tanah air sejak 18 Disember lalu. Ia telah mencatat kutipan sebanyak iaitu AS$400,000 (RM1.7 juta) sele (RM1.7 juta) selepas 10 hari ditayangkan.

Sementelah dua penyanyi popular tanah air, Aliff Aziz dan Kilafairy mengambil masa dua jam untuk merakamkan semula salah satu lagu tema filem Dilwale berjudul Gerua (Warna Cinta) dalam versi bahasa Melayu.

Terkini, kecoh apabila Dilwale telah dicetak rompak. Beberapa hari lalu, media melaporkan salah seorang teraju utama filem tersebut iaitu Kritin Shanon berang kerana ternampak seorang penonton dengan selamba menonton Dilwale versi cetak rompak. Kejadian berlaku di dalam sebuah pesawat.

Shanon telah memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan perilaku penonton berkenaan menonton filem itu di laman mikro Twitternya yang diretweet sebanyak 1,294 kali dan dan 2,634 'like'.

Biarpun sudah ada versi cetak rompak, namun Dilwale kekal mencipat fenomena. Masakan tidak, kerana hingga kini baik peminat hindustan mahupun yang tidak, rata-rata bertanya sesama sendiri sama ada sudahkah menonton Dilwale?

Salah seorang peminat yang mahu dikenali sebagai Parimalam Kumarasamy berkata, dia menonton filem tersebut tidak lain tidak bukan kerana bintang Bollywood, Shah Rukh dan Kajol, yang dianggap sebagai "salah satu pasangan dilayar perak yang paling dicintai dan romantis".

"Mereka mempunyai 'chemistry' yang sangat kuat, itu kekuatan mereka. Saya suka filem ini. Saya tidak kisah menontonnya beberapa kali.

"Saya juga suka lagu ini, terutama Gerua dan Janam Janam. Kedua-dua lagu ini adalah indah, dan koreografi yang bagus, sinematografi itu juga indah dan cantik.

Sementara seorang lagi penonton, Siti Maimunah berkatapada mulanya dia menyangkakan Dilwale adalah kesinambungan daripada filem lama yang juga berjudul Dilwale. Namun persepsinya berubah selepas menonton filem tersebut.

"Saya menonton filem ini selepas diajak oleh kawan-kawan saya. Mulanya saya ingatkan ia adalah sekuel dari filem Dilwale pertama yang dibintangi oleh Shah Rukh, dan saya suka filem itu.

"Tetapi selepas menontonnya baru saya tahu bahawa filem itu langsung tiada kaitan dengan filem lama itu, walaupun mempunyai barisan pelakon yang sama dan tajuk yang sama.

"Saya seronok menonton filem ini kerana keserasian dan lakonan hero dan heroin filem ini sangat berkesan dan 'chemistry' mereka masih kuat. Sebelum ini saya pernah menonton filem berjudul Dil To Pagal Hai," katanya merujuk kepada Shah Rukh dan Kajol.

"Cinta adalah agama mereka, itulah yang digambarkan dalam filem ini. Walaupun jalan ceritanya seakan boleh diramal sama seperti filem Bollywood yang lain, tapi saya masih suka menontonnya.

"Saya juga suka dengan sinematografi dan lokasi yang dipaparkan dalam filem yang difilemkan iaitu di Bulgaria dan Iceland. Ia sangat cantik. Oh, babak ' Temujanji 5 minit' SRK tampil dengan cukup bergaya. Walaupun babak itu pendek tetapi ia cukup manis!," katanya.

Pengkritik filem juga menyuarakan sentimen sama dengan menyifatkan bahawa Dilwale sebagai "The Quintessential Popcorn flick". Penuh dengan warna-warni, muzik yang hebat dan menghiburkan serta lakonan jitu SRK dan Kajol.

Sepertimana filem Hollywood fenomena, StarWars: The Force Awakens, yang mendominasi kutipan box office, Dilwale juga berjaya mengembalikan pasangan yang dinanti ramai penonton selepas lima tahun iaitu kali terakhir mereka bergandingan menerusi filem My Name Is Khan.

0 Response to "Isu Cetak Rompak Tak Gugat Dilwale Pecah Panggung"

Post a Comment