Tahniah kepada Adele atasi rekod jualan CD - Nsync

Penyanyi Adele menerima ucapan tahniah daripada kumpulan NSYNC kerana berjaya mengatasi jualan rekod mereka sebanyak 2.4 juta keping cakera padat (CD) dalam tempoh seminggu.

Pelantun lagu Someone Like You itu melakar sejarah apabila berjaya menepis rekod yang dicipta oleh kumpulan yang popular dengan lagu This I Promise You itu dalam tempoh seminggu hanya dengan jualan selama empat hari saja.

Menurut salah seorang ahli kumpulan itu, Joey Fatone, penyanyi berbadan gempal itu mempunyai aura dan keistimewaan tersendiri berbekalkan vokal yang lunak.

Meskipun berehat selama beberapa tahun, Adele sentiasa mendapat sokongan peminat setianya. "Adele adalah seorang penyanyi luar biasa. Kami begitu teruja kerana sealiran muzik dengan seorang penyanyi yang berbakat sepertinya.

Adele ibarat satu dalam sejuta," kata Joey kepada Billboard. NSYNC yang dianggotai Justin Timberlake, JC Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone, and Lance Bass berjaya mencipta rekod 2.4 juta untuk jualan album kedua mereka berjudul No Strings Attached pada tahun 2000.

0 Response to "Tahniah kepada Adele atasi rekod jualan CD - Nsync"

Post a Comment