Fouziah Gous selamat timang anak pertama

SHAH ALAM: Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Fouziah Gous kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram dan turut disambut dengan ucapan serta tahniah daripada peminat mereka. Fouziah dan suami sebelum ini merahsiakan terlebih dahulu jantina anak mereka.

Semoga kehadiaran cahaya mata ini menguatkan lagi ikatan kekeluargaan yang terbina buat keluarga ini. Insha Allah!

0 Response to "Fouziah Gous selamat timang anak pertama"

Post a Comment