Adele menyamar dalam Adele Impersonator


HOLLYWOOD: Peserta  ujibakat "Adele Impersonator" iaitu sebuah pertandingan mencari bakat baru menyerupai gaya penyanyi Adele terkejut selepas penyanyi sebenar tampil menyamar menjadi peserta.

Adele yang menggunakan nama samaran Jenny turut mengenakan hidung serta dagu palsu bagi mengelakkan dia dikenali peserta lain.

Penyanyi kelahiran Britain itu bersama peserta lain di pentas belakang dan berlakon seolah-olah gementar untuk menyertai ujibakat tersebut.

Namun, 'Jenny' kemudian mengejutkan semua peserta yang berada di situ selepas nyanyian lagu hitnya pada tahun  2008 "Make You Feel My Love," seolah-olah seperti penyanyi asal.

Ragu-ragu dengan suara 'Jenny’ yang menyerupai suara Adele, peserta yang lain mula teruja selepas mengetahui bahawa ia adalah Adele dan bukannya Jenny.

Video yang dimuatnaik di laman perkongsian YouTube BBC telah menarik 21 juta tontonan sejak dimuatnaik pada 20 November lalu.

0 Response to "Adele menyamar dalam Adele Impersonator"

Post a Comment