Adriana Lima tidak bercinta dengan Justin Bieber

HOLLYWOOD: Model Adriana Lima akhirnya mengulas tentang khabar angin kini mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi remaja Justin Bieber.

Wanita kelahiran Brazil ini menafikan perkara tersebut dan menganggap khabar tersebut hanya fitnah dan mereka hanya berkawan.

Dia yang menjadi tetamu dalam program bual bicara Watch What Happens Live mengulas perkara tersebut agar tidak terus disalah faham peminat.

"Di mana kamu membaca tentang itu, Oh my god. Tidak sama sekali kerana saya hanya memanggilnya kawan," ujar wanita berusia 34 tahun itu.

0 Response to "Adriana Lima tidak bercinta dengan Justin Bieber"

Post a Comment