Saya belum nikah - Nur Fathia

KUALA LUMPUR: Nama Nur Fathia  dan Aiman Hakim tidak asing lagi dalam industri tanah air. Antara barisan pelakon yang kian hangat bercinta. Dalam kenyataan terdahulu kekasih Nur Fathia iaitu Aiman Hakim pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mahu menjadikan Fathia sebagai isterinya namun sehingga kini kenyataan itu masih belum direalisasikan oleh kedua pasangan ini.

Menurut Nur Fathia impian untuk ke arah sebuah perkahwinan itu ada namun tiada lagi sebarang perancangan yang dibuat untuk ke arah itu.

Mengulas lanjut, Fathia akui kesibukan mereka berdua juga penyebab hasrat itu masih belum tertunai.

Tambah Nur Fathia lagi beliau sebolehnya mahu mengelak berlakunya seperti rakan artis lain di mana hubungan mereka putus di tengah jalan.

0 Response to "Saya belum nikah - Nur Fathia"

Post a Comment