Langit Cinta ikuti jejak cinta ayah dan ibu saya - Osman Ali

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menyentuh emosi sekaligus membuatkan ramai penonton menitiskan air mata menerusi filem Ombak Rindu, pengarah Osman Ali muncul dengan garapan terbaru Langit Cinta yang bakal menjengah oawagam seluruh tanah air mulai 7 Januari 2016.

Menariknya, karya kali ini dinspirasikan dari kisah sebenar percintaan ibu bapanya sendiri. Selain menyuntik elemen alam semula jadi seperti laut, langit dari segi sinematografi.

"Saya dapat banyak respon positif dan permintaan yang mahukan sambungan Ombak Rindu tapi sayangnya kita tidak dapat buat sekual.

"Jadi saya mula tulis jalan cerita lain dan cuba untuk tidak mahu dibayangi dengan Ombak Rindu.

"Saya dapat inspirasi Langit Cinta daripada kisah sebenar bibit pertemuan dan percintaan ibu bapa saya. Ibu saya tinggal di sebuah pulau di Selatan Thai dan di situ ayah saya bertemu dengan ibu saya

"Kali ini saya banyak beri tumpuan pada sinematogorafi. Saya banyak bermain dengan alam misalnya langit antara salah satu yang menjadi watak utama," katanya berkongsi serba sedikit mengenai idea filem tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian promosi Langit Cinta bertempat di Menara KL, baru-baru ini.

Filem terbitan Astro Shaw ini diterajui gandingan Nur Fazura dan Keith Foo serta barisan pelakon seperti Farid Kamil, Siti Saleha, Normah Damanhuri, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P. Ramlee, Ammar Alfian dan ramai lagi.

Osman Ali (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon filem Langit Cinta.Osman Ali (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon filem Langit Cinta.

Menjalani penggambaran sekitar bulan September lalu di Pulau Langkawi, filem tersebut menelan kos sebanyak RM1.5 Juta.

Osman dalam pada itu mengakui berdepan dengan cabaran besar iaitu cuaca yang tidak menentu dan berlaku angin monsun dan ombak besar hingga menyebabkan penggambaran terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

"Banyak perkara indah yang berlaku sepanjang penggambaran. Selain cabaran paling besar ialah keadaan cuaca yang tidak konsisten. Misalnya, sewaktu babak di laut, kami semua sudah bersedia untuk mulakan penggambaran namun kami diarahkan berpatah balik oleh pihak jabatan laut kerana kami dimaklumkan akan berlaku ombak besar.

"Disebabkan itu, beberapa kali kami terpaksa menangguhkan penggambaran. Tetapi penggambaran tidak dianjakkan kerana mengambil kira banyak faktor seperti jadual pelakon yang terlibat.

"Jadi mahu tak mahu, produksi terpaksa meneruskan penggambaran sebaik saja keadaan cuaca kembali baik, katanya.

Langit Cinta mengisahkan perjalanan hidup gadis desa bernama Khadeja dalam penantian cinta sejati. Dia bertemu dengan Aliff, pemuda dari keluarga berada. Namun cinta suci mereka tentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan kasih sayang mereka.

Khadeja terpaksa berdepan pelbagai dugaan sepanjang ketiadaan Aliff di sisi. Disaat Khadeja haampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeeja.

0 Response to "Langit Cinta ikuti jejak cinta ayah dan ibu saya - Osman Ali"

Post a Comment