Ayda Jebat tidak kecil hati

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tidak berkecil hati dengan tindakan Zul Ariffin yang memadam gambar mereka dari akaun Instagram milik aktor tersebut.

Menurut Ayda, apa yang dilakukan Zul adalah haknya dan dia tidak ambil pusing akan hal remeh sebegitu.

"Saya tidak ada masalah dengan tindakannya kerana itu adalah akaun Instagram miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.

"Saya harap perkara ini tidak perlu diperbesar dan diperkatakan lagi selepas ini," katanya yang tidak akan memadam mana-mana gambarnya di Instagram kerana baginya ia mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

Tambah Ayda, apa yang menjadi fokusnya kini adalah karier seni dan dia tidak mempunyai masalah andai digandingkan Zul pada masa akan datang.

"Fokus saya kini adalah Separuh Akhir Muzik Muzik 30, di mana lagu saya, Siapa Diriku akan berentap bersama lapan lagu lain pada 6 Disember ini.

"Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Menongkah Kasih yang akan disiarkan di slot Azalea TV3 pada Februari nanti dan drama bersiri Sesal Separuh Nyawa arahan Michael Ang yang akan disiarkan di Hypp TV pada Januari depan," akhirinya.

0 Response to "Ayda Jebat tidak kecil hati"

Post a Comment