Komen Shah Rukh Khan terpegun

BOLLYWOOD: Pelakon bollywood yang terkenal dan dikenali di seluruh pelosok dunia, Datuk Shah Rukh Khan telah memberi komen yang mengejutkan tentang nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy.

Beliau kini sedang mempromosikan filem yang terbaru bertajuk ‘Dilwale’, lakonannya bersama Kajol, yang merupakan pasangan hero heroin yang serasi.

Datuk Shah Rukh Khan melalui instagramnya telah memuji nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy yang bertajuk Warna Cinta. Lagu ini adalah versi bahasa Melayu yang diadaptasi dari lagu filem bollywood tersebut iaitu Gerua.

Beliau memuat naik posting pujian menerusi laman instagramnya, @IAMSRK setelah ejennya di Malaysia iaitu SRK Universe Malaysia merepost semula posting berkaitan promo Warna Cinta yang terlebih dahulu dimuat naik joeprcinternational sejak beberapa hari lalu.

joeprcinternational yang turut bertindak sebagai pemasaran Sony Music Malaysia turut menyelitkan sedikit sedutan ringkas nyanyian Warna Cinta Aliff Aziz dengan aktres Kilafairy.

Posting tersebut menarik perhatian SRK Universe Malaysia, lebih-lebih lagi apabila mereka turut terlibat dalam membantu mempromosikan filem tersebut. Filem Dilwale dijangka akan mula ditayangkan pada 18 Disember ini.

Manakala, lagu Warna Cinta nyanyian Aliff Aziz dengan Kilafairy ini sudah mula dimainkan di radio seluruh Malaysia.  Bertuah badan dapat komen sebegitu dari pelakon terkenal ini. Tahniah Aliff Aziz dan Kilafairy.

0 Response to "Komen Shah Rukh Khan terpegun"

Post a Comment