Zul Ariffin pulangkan kereta Gayatri?

KUALA LUMPUR: Hubungan pelakon Zul Ariffin dengan penerbit Gayatri Sue Lin Pillai yang putus sudah diketahui umum apabila aktor itu sendiri memberi kenyataan mengatakan antara dia dan Gaya sudah tiada apa-apa lagi hubungan.

Lebih daripada itu, teka-teki mengenai hubungan cinta Zul dan pendatangbaru, Zahira Mcwilson juga diketahui apabila kedua-dua pelakon itu memberi kenyataan dan mengakui rapat ketika ditemui di majlis Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung minggu lalu.

Cuma apabila hubungan cinta antara Zul dan Gaya diumumkan secara rasmi, ada teman  bertanya bagaimana situasinya terutama membabitkan beberapa barang mewah yang diberikan penerbit itu kepada aktor terbabit.

Terkejut juga mendengar pertanyaan seperti itu tetapi kita ‘angkat tangan’ awal-awal bila ada yang bercerita mengenainya sebab tidak mengetahui perkara sebenar.

Tapi tidak sempat juga bertanya teman yang bercerita itu, barang mewah apa yang dimaksudkan.
Katanya, setahu dia sewaktu masih bercinta Gaya memberikan kereta kepada Zul.

Menurut teman lain, apa yang dia tahu sebaik saja mereka memutuskan hubungan, Zul memulangkan ­kembali kereta mewah itu kepada Gaya.

Juga tidak tahu bagaimana situasi­nya hubungan Zul dan Gaya sekarang. Cuma harapan kita jangan ada benci antara mereka. Anggap saja apa yang berlaku sebagai ditakdirkan.

Sudah tertulis tiada jodoh antara mereka dan pastinya masing-masing akan bertemu pasangan yang memahami antara satu sama lain selepas ini.

0 Response to "Zul Ariffin pulangkan kereta Gayatri?"

Post a Comment