50 Cent letak duit dalam peti ais

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap 50 Cent mendedahkan dia menyimpan sejumlah wang tunai di dalam peti ais di rumahnya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Majalah People melaporkan 50 Cent melakukan perkara itu sebagai jenaka mengenai status kewangannya selepas mengesahkan dirinya muflis beberapa bulan lalu.

Sebelum ini 50 Cent pernah memuat naik gambar dia berbaring di atas sejumlah wang sehingga mendapat perhatian daripada peminatnya.

Penyanyi itu dianggarkan mempunyai nilai kekayaan USD150 juta (RM600 juta) namun dilaporkan sedang menanggung hutang sebanyak USD28 juta (RM105 juta).

0 Response to "50 Cent letak duit dalam peti ais"

Post a Comment