Rani Mukerji selamat lahir anak perempuan

BOLLYWOOD: Pelakon terkenal Bollywood, Rani Mukerji dan pasangannya yang juga pengarah filem, Aditya Chopra selamat menimang cahaya mata perempuan sekaligus menamatkan spekulasi mengenai status perhubungan mereka.

Berita tersebut diumumkan oleh syarikat milik suaminya Studio Yash Raj Film melalui laman mikro Twiter.

"Rani Mukerji dan Aditya Chopra bergelar ibu-bapa kepada seorang bayi perempuan bernama Adira,"  tulis laman itu.

Memetik BBC, bayi berkenaan diberi nama Adira sempena gabungan kedua nama pasangan itu.

Aktress berusia 37 tahun berkahwin pada April 2014 di Itali bersama anak penerbit filem terkenal Bollywood, Yash Chopra, Aditya Chopra, 43 tahun.

Rani membintangi pelbagai filem hit Bollywood seperti Kuch Kuch Hota Hai, Saathiya, Hum Tum, Veer Zaara, Bunty Aur Babli dan Dil Bole Hadippa sementara suaminya, Aditya merupakan pengarah filem terkenal yang mengarahkan beberapa filem  seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, Rab Ne Bana Di Jodi dan Mohabbatein.

0 Response to "Rani Mukerji selamat lahir anak perempuan"

Post a Comment