Juliana Evans kahwin dengan anak Raja?

KUALA LUMPUR: Sejak kembali ke tanah air selepas berjaya menamatkan pengajian di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat setahun lalu, ada saja tawaran lakonan juga sebagai jurucakap produk yang diterima Juliana Evans.

Bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus namun dari segi lakonan, gadis kacukan Melayu Inggeris ini bagaimanapun kini sudah mula cuba keluar dari zon selesanya terutama dari segi melakonkan watak-watak baik.

"Syukur dan tak sangka sejak balik tahun lalu, ada saja tawaran berlakon dan sebagai duta produk seperti Clear, Samsung, Silky Girl Cosmetic dan Nano White.

"Saya juga sedang menanti dua filem yang bakal ditayangkan iaitu Bella dan Jemmy dan satu satu Alif Dalam Tujuh Dimensi," katanya kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada sidang media Teater Bawang Putih Bawang Merah, baru-baru ini

Jue yang buat pertama kali bakal mencahut cabaran berlakon di pentas teater diberi kepercayaan memegang watak sebagai Bawang Putih.

Dalam teater tersebut, Jue akan bergandingan sebagai adik beradik dengan Nur Fathia yang melakonkan watak Bawang Merah

Kata Jue, dia sendiri yang memilih mahu menghidupkan watak antagonis itu kerana mahu mencabar dirinya sendiri.

"Asyik selalu dapat watak baik, kali ini saya nak cuba watak antagonis pula. Saya teruja sebab adalah peluang saya untuk saya cuba dan tunjukkan satu lakonan yang berbeza daripada apa yang saya pernah berikan sebelum ini. Apatahlagi ia di pentas teater dan pasti kepuasannya juga berbeza.

"Paling utama adalah saya perlu pastikan lontaran suara saya kuat sebab saya seorang yang bersuara kecil.

"Selain itu saya perlu bertutur dalam bahasa Melayu klasik dan cabaran paling besar adalah macam mana nak buat orang benci dengan kita," katanya.

Meskipun menjalani latihan dalam tempoh yang singkat kira-kira kurang sebulan, namun dia tidak berdepan dengan masalah.

"Kalau ikutkan memang tak cukup masa latihan tapi saya sebenarnya saya suka sebab saya seorang yang boleh bekerja 'under pressure'.

"Saya juga percaya, dengan bantuan dan tunjuk ajar kak Erma dan pelakon lain, kami boleh berikan persembahan yang terbaik," tuturnya yakin.

Diinspirasikan daripada filem Melayu klasik Bawang Putih Bawang Merah, teater arahan pengarah tersohor, Erma Fatima ini turut dibarisi barisan pelakon hebat lain seperti Nur Fathia, Nabila Huda, Syarul Ridzwan, Beto Khusyairy, Fazlina Ahmad Daud dan Tya Ariffin

Ia akan dipentaskan di Istana Budaya pada 3hb hingga 8hb Disember ini.

0 Response to "Juliana Evans kahwin dengan anak Raja?"

Post a Comment