Syatilla Melvin elak sentuh lelaki bila berlakon

KUALA LUMPUR: Timbul khabar angin mengatakan keputusan Syatilla Melvin, 24, yang mengenakan hijab sekitar dua minggu kerana pelakon yang kerap dikaitkan dengan Shaheizy Sam ini bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Memetik laporan Kosmo!, pemilik sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkata, penghijrahannya itu tidak mempunyai kaitan dengan desakan atau permintaan mana-mana pihak. Sebaliknya hasrat untuk mengenakan hijab telah lama datang beberapa bulan yang lalu.

Saya kini sudah berhijab sepenuhnya sejak dua minggu yang lalu. Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa keinginan untuk berhijab datang daripada diri saya sendiri, bukan desakan orang lain.

Bagi saya, jika mahu berhijab, mengapa perlu menunggu saat sebelum berkahwin? Hidayah itu datang dengan sendirinya.

Rasa untuk berhijab datang sewaktu saya sedang menjayakan penggambaran drama bersiri Cinta Samar. Namun, hasrat hati terpaksa ditahan kerana saya perlu menjaga kesinambungan drama tersebut.

Bagaimanapun dari sehari ke sehari, rasa ingin berhijab semakin menebal. Alhamdulillah, sebaik sahaja tamat penggambaran, saya terus mengenakan hijab," katanya.

Tambahnya lagi, sebolehnya dia mahu mengelak daripada menerima watak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon lelaki.

"Apabila sudah bertudung, adab dan kesopanan sebagai seorang wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk TV AlHijrah berjudul Kemboja Di Hati.

0 Response to "Syatilla Melvin elak sentuh lelaki bila berlakon"

Post a Comment