Hubungan serius Bradley Cooper dan Irina Shayk

HOLLYWOOD: Bukan rahsia lagi mengenai jalinan cinta antara aktor Bradley Cooper dan model Rusia iaitu Irina Shayk.

Menurut laporan Dailymail, hubungan mereka dilihat semakin serius malah mereka dikhabarkan sudah tinggal serumah.

Dalam pada itu, Bradley dan Irina juga kerap mendedahkan kemesraan mereka di khalayak.

Pada Ahad lalu, pasangan tersebut dilihat berjalan mesra dan bersikap manja ketika paparazi merakam foto mereka.

Malah mereka tidak segan silu menunjukkan hubungan mesra yang dijalinkan seolah-olah ingin memberitahu bahawa mereka kini benar-benar sedang bercinta.

0 Response to "Hubungan serius Bradley Cooper dan Irina Shayk "

Post a Comment