Kristen Stewart cinta baru dalam Twilight

HOLLYWOOD: Siapa yang tidak mengenali bintang Hollywood terkenal berwajah polos, Kristen Stewart yang pernah membintangi filem bersiri Twilight?

Terkenal dengan watak Bella, isteri kepada puntianak tampan bernama Edward Cullen (Robert Pattinson) dalam siri Twilight, Stewart atau lebih dikenali dengan jolokan K-Stew kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan mesra dengan bekas kekasih bintang utama The Hunger Games, Nicholas Hoult.

Hoult sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan selama lima tahun bersama Jennifer Lawrence yang memegang watak utama dalam filem bersiri The Hunger Games.

Manakala K-Stew pula dilaporkan kembali solo selepas berpisah dengan bekas pengurusnya, Alicia Cargile.

Keduanya dipertemukan menerusi gandingan filem terbaharu bertajuk Equals sebelum dilihat  mesra menghabiskan masa bersama sepanjang penggambaran filem tersebut.

Khabar angin mengatakan mereka berdua mula keluar bersama selepas penggambaran filem, bagaimanapun ia tidak dapat disahkan oleh kedua pelakon itu.

0 Response to "Kristen Stewart cinta baru dalam Twilight"

Post a Comment