Dewi Sandra minat dalam perniagaan

INDONESIA: Artis menceburi bidang perniagaan bukan lagi perkara yang asing malah kini ia sekan menjadi trend.

Penyanyi popular Indonesia, Dewi Sandra turut tidak ketinggalan untuk mencuba nasib dalam bidang yang sama namun dia akui ia memerlukan persiapan yang lengkap.

“Setiap perkara yang kita lakukan pasti memerlukan persiapan yang secukupnya.

“Saya juga tertarik untuk berniaga dan sudah pun memiliki perancangan namun saya belum ada masa yang sesuai untuk saya benar-benar memulakan perniagaan itu.

“Jenis perniagaan apa yang saya mahu lakukan, itu masih rahsia,” katanya.

0 Response to "Dewi Sandra minat dalam perniagaan"

Post a Comment