Azwan Kombos masalah dengan Hefny Saad?

KUALA LUMPUR: Pelakon Azwan Kombos mengakui hubungannya dengan pelakon dan pengacara Hefny Sahad kurang baik malah merasakan sukar untuk dia bekerjasama dengan pengacara program HLive itu.

"Susah saya nak cakap kalau mahu gandingkan saya bersama dengannya. Dahulu pernah kami terlibat sama dalam sebuah majlis dengannya, tapi apa yang boleh saya cakap, saya tak bolehlah masuk dengan dia," jelasnya seperti yang dipetik dari sumber Media Hiburan.

Azwan Kombos berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan mengatakan dia masih bermusuh dengan Hefny sehinggakan mereka tidak boleh bersemuka.

Satu ketika dulu dunia hiburan kecoh apabila Hefny dikatakan sebagai perampas kekasih pelakon Azwan Kombos sehingga menyebabkan hubungan mereka terputus di tengah jalan.

0 Response to "Azwan Kombos masalah dengan Hefny Saad?"

Post a Comment