Pendapatan Katy Perry tertinggi RM540 Juta

HOLLYWOOD: Penyanyi Katy Perry muncul sebagai penyanyi dengan pendapatan tertinggi sepanjang 2015 lapor majalah Forbes.

Pendapatan Katy, 30, dilaporkan sebanyak USD$135 juta (RM540 juta) hasil daripada penjualan album, konsert jelajah dunia di Australia, Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Setiap konsert, Katy menerima USD$2 juta (RM8 juta) selain pendapatan sebagai duta produk dan beberapa cabang perniagaan yang melibatkannya.

Kumpulan One Direction pula berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan USD$130 juta (RM520 juta).

Penyanyi Garth Brooks pula di tempat ketiga dengan USD$90 juta (RM360 juta) diikuti Taylor Swift USD$80 juta (RM320 juta).

Manakala teman lelaki Taylor, Calvin Harris turut dalam senarai 10 teratas dengan jumlah pendapatan USD$66 juta (RM264 juta).

0 Response to "Pendapatan Katy Perry tertinggi RM540 Juta"

Post a Comment