Anak kedua Khairul Fahmi Che Mat sangat comel

KELANTAN: Pada 18 November lalu, Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apex, penjaga gol bola sepak kebangsaan dan juga Kelantan telah mendapat cahaya mata baru iaitu lelaki yang diberi nama Khaleel Emir. – TAHNIAH! Penjaga Gol Khairul Fahmi Timang Anak Kedua

Beliau yang berkahwin dengan Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012 telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Kayla Elayna. Nampaknya Apex sudah mempunyai anak sepasang. Ketika lahir, bayi tersebut mempunyai berat 3kg.

Tahniah kami ucapkan kepada Apex dan Leuniey atas kelahiran anak yang comel itu dan semoga keluarga mereka bertambah bahagia dengan adanya anak pemberian Tuhan ini.

0 Response to "Anak kedua Khairul Fahmi Che Mat sangat comel"

Post a Comment