Tidak ada rezeki lagi Ada Anak : Ezlynn

Penyanyi Ezlynn, 34, tidak berdepan tekanan walaupun belum dikurniakan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy Shamsudin, 39, sejak empat tahun lalu.

“Tiada tekanan kerana kedua-dua keluarga tidak begitu mendesak. Pelbagai usaha sudah kami lakukan tetapi nampaknya belum ada rezeki lagi,” kata penyanyi popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini.

Ezlynn berkata, dia bersyukur kerana suami memahami perasaannya dan tidak memberikan tekanan, malah mereka bahagia dengan kehidupan sekarang.

“Kami banyak menghabiskan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti terutama berbasikal.

“Sebelum berkahwin lagi, itulah kegemaran saya. Kami baru saja pulang dari Bali, Indonesia melakukan aktiviti berbasikal di sana. Dunia terasa bebas dapat berbasikal sambil menikmati pemandangan yang amat indah di pulau itu,” katanya yang pernah berbasikal di New Zealand dan di beberapa negara lain sebelum ini.

Menurut Ezlynn dia tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada dirinya dengan asyik memikirkan soal cahaya mata.

“Apa yang boleh kami lakukan, terus berusaha dan berdoa kepada NYA.

0 Response to "Tidak ada rezeki lagi Ada Anak : Ezlynn"

Post a Comment