Bintang Filem Johnny Depp Dan Amber Heard berkahwin

Bintang Filem Pirates Of The Caribbean, Johnny Depp Dan Amber Heard berkahwin,Pelakon utama filem Pirates of the Caribbean Johnny Depp selamat melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Amber Heard di rumah mereka di Los Angeles pada Selasa lalu.

Walaupun Johnny Depp semakin berusia dengan mencecah 51 tahun namun dimata peminat pelakon tersebut tetap kacak. Johnny Depp telah berkenalan dengan Amber Heard di lokasi pengambaran filem The Rum Diary pada 2011. Kebanyakan artis berkahwin dengan rakan artis juga atau lebih dikenali cinta lokasi penggambaran.

Menurut majalah People, pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran di sebuah pulau peribadi milik Depp di Little Hall’s Pond Cay, Bahamas. Sebelum ini Johnny Depp dan Amber Heard bertunang pada 2012 selepas Depp berpisah dengan teman wanitanya Vanessa Paradis yang juga merupakan seorang selebriti.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Bintang Filem Pirates Of The Caribbean, Johnny Depp mula mejadi bintang terkenal selepas muncul dalam siri 21 Jumpstreet serta filem Edward Scissorhands dan Alice in Wonderland

0 Response to "Bintang Filem Johnny Depp Dan Amber Heard berkahwin"

Post a Comment