Juliana Evans tidak terburu-buru mencari teman lelaki untuk berkahwin

Wanita yang jelita dan popular seperti Juliana Evans tidak pernah boleh lari daripada soalan berkaitan kisah percintaan beliau. Malah, semua orang tidak percaya bahawa wanita secantik beliau masih belum mempunyai teman lelaki.

Jelas Juliana, buat masa ini beliau masih belum terfikir untuk berkahwin ataupun terburu-buru dalam mencari seorang teman lelaki.

Juliana mensasarkan umur  sebelum 30 tahun untuk menamatkan zaman solonnya, sekarang beliau ingin fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Sekarang saya belum terfikir lagi soal kahwin kerana tiada teman lelaki, tetapi siapa kita untuk menghalang jodoh dan ketentuan Tuhan? Justeru saya tak perlu nak terburu-buru dan terdesak untuk kahwin.

Saya ada beberapa tahun lagi sebelum memikirkan ke arah itu. Saya menyasarkan sebelum umur 30 tahun akan berkahwin tetapi jika tiga tahun lagi belum ada kekasih, baru saya akan bimbang. Bukan tak mahu bercinta sekarang tapi mahu fokus kepada kerjaya.

Nak cari pasangan hidup tidak perlu tergesa-gesa, lebih baik untuk mempunyai beberapa kenalan dan lihat siapakah yang benar-benar sesuai untuk kita. Apa-apa pun, Juliana Evans bukan mahu kahwin dalam waktu terdekat, semoga beliau bertemu dengan jodoh yang sesuai buat dirinya.

0 Response to "Juliana Evans tidak terburu-buru mencari teman lelaki untuk berkahwin"

Post a Comment