Jangan lebih-lebih dengan anak tunggal kesayangan saya - Izreen

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini pelakon Izreen Azminda memuatnaik satu kenyataan di laman sosial berbaur amaran supaya jangan ada pihak berlebih-lebih dengan anak tunggal kesayangannya, Muhammad Adrian Umar.

Menerusi ruangan Cik Pang yang disiarkan di akhbar Harian Metro menyebut, intipati kenyataan dimuat naik Izreen dan komen balas diberikan peminat itu ada kaitan dengan wujudnya perempuan lain yang cuba membeli jiwa anaknya.

Pastinya perempuan yang cuba membeli jiwa anaknya itu pula ada kaitan dengan bekas suami Izreen, Muhamad Riza.

Mungkin juga Riza sudah mempunyai pengganti dan mengharapkan wanita yang berjaya memenangi hatinya juga dapat menerima Adrian.

Wanita itu pula berasakan penting untuk dia berbaik-baik dengan Adrian bagi membolehkan hubungan terjalin ada penghujung yang baik.

Maklumlah, jika benar Riza mahu memperisterikan dirinya, wanita itu akan menjadi ibu segera dan harus memikul tanggung­jawab besar menguruskan suami dan anak.

0 Response to "Jangan lebih-lebih dengan anak tunggal kesayangan saya - Izreen"

Post a Comment