Bintang filem The Intern Anna Hathaway Diva Sarapan Pagi

HOLLYWOOD: Terdapat dua jenis orang di dunia ini - mereka yang menerima hidangan makanan yang salah namun hanya berdiam dan menikmati hidangan tersebut disebabkan kelaparan. Satu lagi, mereka yang akan memulangkan semula hidangan itu dan apa cara sekali pun mereka tetap mahu hidangkan pesanan asal kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan.

Dan nampaknya peminat aktres jelita Hollywood, Anne Hathaway, kini sudah boleh tahu bintang filem The Princess Diaries dan The Devil Wears ini tergolong dalam kumpulan orang yang bagaimana.

Ketika menjalani penggambaran iklan Jepun di Paramount Lot baru-baru ini, Hathaway telah memesan hidangan sarapan pagi iaitu hidangan telur rebus, mufin dan avocado. Bunyinya tidak lah rumit mana menu tersebut, bukan?.

Tetapi malangnya kekecohan tercetus apabila selebriti berusia 32 tahun itu tidak berpuas hati dengan menu yang dipesannya itu. Akibatnya, pelayan terpaksa melayan kerenah permintaan Hathaway apabila wanita itu memulangkan semula hidangan berkenaan sebanyak empat kali.

Penghantaran hidangan kali pertama tidak memuaskan hati Hathaway kerana menurutnya, telur rebus itu terlalu berair lalu dipulangkan semula pada pelayan.

Kali kedua, dia mengadu mufin pula sudah sejuk sementara menunggu lama menu telur rebusnya yang baru, siap dimasak.

Kali ketiga, setibanya hidangan telur rebus, mufin itu pula dipulangkan kerana telah sejuk sementara menunggu hidangan telur rebus kali keduanya tadi, masak.

Kali keempat, dia memuji hidangan telur rebus dan avacado kerana katanya hidangan itu cukup sempurna namun dia bertukar fikiran, tiada selera untuk menikmati hidangan tersebut sebaliknya dia teringin makan telur goreng.

Barangkali perangai diva Hathaway semakin menjadi-jadi gara-gara pembawakan budak menerusi laporan media antarabangsa, aktres itu kini sedang hamil.

Ia merupakan kehamilan sulung Hathaway selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Adam Shulman.

0 Response to "Bintang filem The Intern Anna Hathaway Diva Sarapan Pagi"

Post a Comment