Akma AF3 selamat melahirkan anak kedua

Penyanyi yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma selamat melahirkan anak keduanya semalam.

Bayi lelaki seberat 2.23 kilogram itu dilahirkan pada jam 2.10 petang di Pusat Perubatan Prince Court. Akma melahirkan bayi berkenaan secara pembedahan.

"Saya bersalin awal sebulan kerana tarikh jangkaan ialah 20 November. Mungkin juga anak kedua kami ini sudah tidak sabar melihat dunia. Apapun alhamdulillah bayi sihat.

Cuma kami belum ada nama untuknya lagi. Tengah menyenaraikan nama terbaik dan pilihan dengan ustaz ," katanya ringkas kepada BH Online.

Akma bernikah dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi pada 30 Jun 2012 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Majlis persandingan pihak perempuan diadakan di tempat sama sejurus selesai majlis akad nikah, manakala pada 3 Julai 2012, resepsi sebelah pihak lelaki diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). Anak pertama pasangan ini bernama Awatif Husna Hamshi berusia 2 tahun.

0 Response to "Akma AF3 selamat melahirkan anak kedua"

Post a Comment