Scha Alyahya jelajah Rexona

Baru-baru ini deodoran terkemuka dunia dan duta Rexona, Scha Alyahya bersama penyokong kempen, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bergabung menyebarkan Kempen Pergerakan Segar Rexona menerusi satu siri video komedi dan berpendidikan.

Pengurus Bahagian Kategori Deodoran, Unilever (M) Sdn Bhd, Heng Kui Ling berkata, pihaknya teruja mengumumkan bahawa video digital Rexona yang dijayakan oleh tiga selebriti tersebut telah menjadi viral dan menarik lebih daripada 5 juta tontonan di Facebook dan YouTube dalam masa dua bulan.

“Kami teruja melihat banyak komen positif di media sosial dan kami berharap orang ramai akan terus bergerak dan mencabar diri mereka untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan mereka dengan Rexona,” katanya pada majlis meraikan kejayaan kempen tersebut, baru-baru ini.

Bagi meraikan kejayaan kempen tersebut bersama Scha, Rexona telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang video kempen itu yang menyaksikan pemenangnya menerima hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM20,000.

Sementara itu, Scha berkata, penglibatannya dalam kempen tersebut adalah satu penghormatan kepadanya apabila dapat bekerjasama dengan jenama deodoran terkemuka dunia itu.

“Membahagikan masa sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan menyebabkan saya perlu terus bergerak dan melakukan lebih lagi untuk mencapai yang terbaik meskipun menjalani kehidupan yang sibuk,” katanya.

0 Response to "Scha Alyahya jelajah Rexona"

Post a Comment