Salman Khan elak untuk Selfie

BOLLYWOOD: Kepada peminat Salman Khan jangan harap untuk berselfie dengan aktor kerana dia pasti tidak akan melakukannya. Ini bukan bermakna aktor itu sombong tidak mahu melayan peminatnya, tetapi pihak pengurusannya mahu dia berhati-hati apabila gambar selfie dengan peminat itu disalah guna oleh mereka.

Dia pernah berselfie dengan seorang wanita dan kemudian wanita itu mendakwa sebagai teman wanitanya. Pada masa yan lain pula ada seorang lelaki berselfie dengan Salman dan apabila gambar itu tersebar, lelaki itu mengakui yang dia ejen yang mewakili agensi pelakon itu untuk mencari pelakon baru.

Dalam pada itu, Salman berkata walaupun dia antara aktor paling laris dan disanjung jutaan peminatnya, tetapi dia masih berbelanja secara sederhana dan memakai kemeja-T murah.
“Saya tidak pernah berasakan diri saya superstar. Saya hanya pakai kemeja-T murah, seluar jean yang dibeli 15 tahun dulu dan kasut saya berusia 20 tahun,” katanya.

Salman juga beritahu dia jadi pelakon di Bollywood bukan kerana bantuan bapanya penulis skrip terkenal di India iaitu Salim Khan, tetapi atas usahanya sendiri.

“Bapa perkenalkan ramai pelakon lain kepada produser dan pengarah Bollywood, tetapi bukannya saya. Dia kenalkan Sunny Deol, Sanjay Dutt dan Kumar Gaurav. Apabila saya tanya bapa kenapa dia tidak ketengahkan saya iaitu anaknya sendiri, jawab bapa, biarlah pengarah sendiri yang mencungkil bakat saya.

“Mendengarkan kata-kata bapa, saya keluar sendiri mencari kerja,” katanya.

0 Response to "Salman Khan elak untuk Selfie"

Post a Comment