Haji Nabil Ahmad : Di Tawarkan Peluang Memberi Ceramah



Pelawak Nabil Ahmad mengakui beliau kini sudah mula menerima tawaran untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman beliau sewaktu menunaikan ibadah Haji baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Nabil hanya akan menerima tawaran yang sesuai buat dirinya kerana beliau masih lagi dalam proses untuk mendalami ilmu agama.


Berkongsi pengalaman beliau di Tanah Suci Mekah, Nabil menyifatkan ia sebagai salah satu detik manis serta mencabar yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya dan bersyukur kerana tidak mengharungi pelbagai masalah ataupun dugaan di Mekah.

Komen beliau " Alhamdulillah sepanjang berada di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah justeru memudahkan saya melakukan ibadat. Cuma berhadapan dengan cuaca panas, perjalanan yang agak lama, dan berjalan kaki untuk masuk ke Mina. "

0 Response to "Haji Nabil Ahmad : Di Tawarkan Peluang Memberi Ceramah"

Post a Comment