Pendedahan penyakit Selena Gomez

HOLLYWOOD: Disebalik keceriaan dan keriangan yang dapat dilihat menerusi raut wajah Selena Gomez, rupa-rupanya artis ini kini sedang bertarung dengan penyakitnya yang mungkin ramai tidak ketahui.

Menurut laporan Huffington Post, Selena Gomez yang kini berusia 23 tahun menghidapi penyakit Lupas dan diakuinya ketika temubual bersama majalah Billboard.

Bagi yang tidak mengetahui akan penyakit ini, Lupus merupakan satu jenis penyakit yang berkaitan dengan imunisasi tubuh manusia dan akan memberi kesan bukan sahaja pada fizikal malah turut mempengaruhi mental serta emosi.

0 Response to "Pendedahan penyakit Selena Gomez"

Post a Comment