Fathia Latiff minta maaf susahkan ramai pihak

SI CANTIK: Setiap manusia tidak ada yang sempurna namun kekurangan yang ada pada diri itu diperbaiki dan dijadikan sebagai titik perubahan seseorang.

Seperti pelakon manis Fathia Latiff ini turut mengakui bahawa dirinya juga pernah melakukan kesilapan, lewat ke set penggambaran tetapi itu semua kisah lama yang telah sedaya upayanya memperbaiki ke arah kebaikan.


Biasalah tu mulut orang kan, kalau yang buruk tu yang selalu diingat, betul tak? Bagaimanapun Fathia turut menjelaskan mungkin ada hari yang menyebabkan dirinya tidak dapat hadir ke lokasi tetapi itu pun sebab demam.

Biarkan sahaja mereka ingin berkata-kata asalkan masih lagi tidak mengaibkan Fathia. Apa yang bagusnya, si Fathia ni sempat lagi memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati dengan sikap dan cara kerjanya.

0 Response to "Fathia Latiff minta maaf susahkan ramai pihak"

Post a Comment