Bekas tunang anggap Adira mahu jaga hati keluarga

KUALA LUMPUR: Bekas tunang Adira Suhaimi iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin memberitahu hubungannya penyanyi itu baik dan mereka bersahabat.

Bagaimanapun, Shahrul yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), enggan mengulas mengenai hubungan itu kerana ia disifatkan terlalu peribadi.

"Perkara itu terlalu peribadi untuk saya komen, saya berkawan baik dengan semua orang. Bukan dengan dia (Adira) sahaja, malah bekas teman wanita saya sebelum ini pun saya baik juga," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Pada 19 September lalu sepatutnya menjadi hari bersejarah hubungan Shahrul dan Adira namun ia hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan mereka putus sejak April lalu.

Baru-baru ini laporan media menyebut, Adira mendedahkan yang dia  sukar melupakan memori percintaan mereka.

"Tentang kenyataan Adira itu, mungkin dia ingin sampikan maksud lain iaitu dia masih menjaga hati keluarga saya untuk memulakan hubungan baru," ujarnya sekaligus mengulas kenyataan berkenaan.

0 Response to "Bekas tunang anggap Adira mahu jaga hati keluarga"

Post a Comment