Panas Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone Bergaduh

BOLLYWOOD: Siapa sangka aktor dan aktres yang dahulunya pernah digandingkan bersama dalam filem Om Shanti Om (2007) dan Chennai Express (2013) kini sedang berperang dingin.

Punca sebenar pun sangat mengejutkan ramai peminat mereka apabila difahamkan masing-masing tidak ingin mengalah antara satu sama lain berkenaan filem yang bakal ditayangkan pada 18 Disember depan.

Kisahnya bermula apabila filem Shah Rukh Khan, Diwale dan filem Deepika Padukone, Bajirao Mastani bertembung dan aktor tersebut telah menolak permintaan Deepika untuk melewatkan tayangan filem barunya itu.


Selepas daripada itu, Filmibeat mendakwa berlakunya kekecohan perang mulut antara kedua-dua pelakon hebat itu. Sehingga kini mereka berdua dikatakan berperang dingin hanya gara-gara filem terbaru mereka.

Filem Diwale yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan turut menampilkan Kajol, Varun Dhawan dan Kriti Sanon yang turut menyaksikan Kajol beraksi sebagai kekasih Shah Rukh Khan.


0 Response to "Panas Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone Bergaduh"

Post a Comment